Sunday, July 25, 2010

Minggu 2: Jurnal Refleksi

Selamat pagi semua,
Pada kuliah minggu kedua, saya baru mengetahui bahawa diri saya masih belum lagi mengenali muzik tradisional di Malaysia. Dalam kuliah minggu kedua ini, saya telah mempelajari tentang konsep Soundscape, budaya muzik, sejarah muzik tradisional di Malaysia, kategori alat-alat muzik, dan struktur/konsep muzik.
Bagi saya, saya hanya mengetahui bahawa soundscape ada berkaitan dengan bunyi sahaja. En. Amran telah memberi penerangan kepada kami bahawa soundscape adalah kombinasi bunyi dari pelbagai persekitaran yang semulajadi seperti bunyi binatang, bunyi angin, bunyi aliran sungai dan juga bunyi dihasilkan oleh manusia melalui pergerakan, percakapan dan lain-lain.

Budaya muzik mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat. Setiap negara mempunyai budaya muzik tersendiri, tidak hairanlah negara kita juga mempunyai budaya yang tersendiri dan unik. Di negara kita, muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya cina, Islam, India dan Indonesia. kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gond dan sebagainya. Negara kita mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal dari negara lain seperti India, Portugis dan sebagainya. selain itu, ada juga wayang kulit, baranga kraf tangan seperti batik, barangan perak, tembaga dan lain-lain lagi.
Pada pandangan saya, muzik merupakan bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. kita mendengar muzik sebagai satu hiburan.
Saya tidak berapa suka tentang sesuatu sejarah. Kadang-kala, saya merasakan diri saya merupakan 'katak di bawah tempurung'. Selepas En. Amran membuat penerangan, saya baru sedar bahawa sejarah muzik tradisional Malaysia perlu dilihat dari sudut dunia Melayu lama. Setiap jenis muzik yang datang ke negara kita dipengaruhi kuat oleh pengaruh-pengaruh yang pernah datang. Saya kurang pasti tentang persembahan kuda kepang, kalau ada peluang saya hendak menyaksikan persembahan itu secara langsung.
Saya mengetahui bahawa kategori alat muzik mempunyai empat jenis, iaitu kordofon, membranofon, aerofon, dan idiofon.
Kordofon merupakan alat-alat yang menghasilkan bunyi melalui bunyi getaran tali.sebagai contoh gitar, violin, viola dan lain-lain lagi.
Bunyi membranofon bermula daripada getaran kulit haiwan. Contohnya beduk, geduk, maruas,nahara dan sebagainya.
Aerofon menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Alat-alat muzik seperti trumpet, trombone dan sebagainya.
Idiofon pula merupakan alat muzik yang menghasilkan bunyi dengan ketukan pada permukaaan seperti boning, gong, angklung dan lain-lain. Kategori alat-alat muzik pernah saya pelajari dalam apreasiasi muzik. Selepas En. Amran mengajar, saya lebih faham tentang kategori alat muzik ini.
konsep muzik mempunyai melodi, ritma/meter, harmoni, bentuk, notasi, dan tafsir manakala dalam sesebuah lagu mestilah mempunyai aspek-aspek ini.
Melalui kursus ini, dapat saya mengetahui tentang muzik tradisional Malaysia. Dengan menggunkan cara ini, saya dapat mengimbas semula apa yang sudah saya pelajari.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SING YING Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template