Friday, July 30, 2010

Minggu 3: Jurnal Refleksi

Pada minggu ini, saya telah mempelajari kaedah klasifikasi muzik tradisional Malaysia, kategori muzik tradisional Malaysia dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia.

Kaedah klasifikasi muzik tradisional Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu adaptional dan idiosyncratic. Adapational merujuk kepada benda-benda yang hidup. Dalam konteks ini, ia membawa maksud bahawa cara bermain alat muzik adalah tidak sama dimana ia berubah mengikut penyesuaian. Budaya ini dipengaruhi oleh budaya setempat dari segi suara, mode muzik, pembuatan atau hiasan. Sebagai contoh, muzik Gambus ini dipengaruhi pedagang Arab yang berasal dari Arab Parsi dan mula popular di Tanah Melayu dengan asalnya berkembang di Negeri Johor. Alat ini dipersembahkan dalam muzik Ghazal. Ghazal juga dikenali sebagai "gamat" yang bermaksud riuh-rendah. Terdapat dua kumpulan Ghazal di Malaysia, iaitu Ghazal Johor dan Ghazal Parti. Alat yang diiringi dalam Ghazal Johor ialah Gambus, Violin, Harmoniu,, Gitar, Tabla, Mandolin, Jidur dan Tamborin. Alat yang diiringi oleh Ghazal Parti adalah berbeza dengan alat iringan Ghazal Johor iaitu seperti Gambus, Accordin, Gitar, Mandolin, Flute, Bonggo, Tamborin, Double Bass dan Keyboard.
Idiosyncratic pula bermaksud alat yang dimainkan adalah masih kekal sama walaupuan berada di tempat yang berlainan.

Klasifikasi alat muzik barat terbahagi kepada tiga, iaitu perkusi, bertali dan tiupan. Contoh perkusi adalah Drum, Bongo, Simbal dan lain-lain lagi. Alat bertali seperti Gitar, Violin, Cello dan sebagainya. Alat tiupan pula terbahagi kepada dua, iaitu tiup kayu dan brass.

Muzik Tradisional Malaysia terdapat dua jenis muzik, iaitu tradisi besar untuk budaya istana atau klasik dan tradisi kecil untuk budaya rakyat. Muzik rakyat merupakan masyarakat desa atau petani yang tidak mudah berubah, manakala muzik klasik bersifat transmisi intelek dan sistematik. Walaupun dua unsur mempunyai dua unsur berlainan, tetapi kedua-dua ini ada pertembungan dalam budaya. Pertembungan ini dikenali sebagai muzik sinkretik. Muzik kontemp berciri muzik barat, muziknya sangat popular tetapi akan dilupai dalam jangka masa yang pendek.

Ciri-ciri muzik tradisional Malaysia mempunyai enam jenis iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensembel genderang, vocal dan instrumental solo, ensembel sosial popular dan lain.

Bentuk seni lakon utama







Tarian kesenian rakyat





Dalam akhir kuliah ini, saya dapat memahami bahawa terdapat pelbagai kategori di Malaysia. Ini menunjukkan negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dengan pelbagai budaya yang perlu kita pelajari.

3 comments:

Teoh Koh Sing on August 1, 2010 at 9:44 AM said...

tahniah kerana berjaya membuat posting minggu ke-3....

Marlin on August 2, 2010 at 3:06 AM said...

Posting yang menarik Sing Ying.. Saya sangat tertarik dengan video Persembahan Opera anda. Saya tidak pernah melihat persembahan seperti ini. Tahniah!

SMP2252 SING YING on August 4, 2010 at 2:45 AM said...

terima kasih kexin, kita boleh berusaha bersama-sama ya...

lin, terharu saya kerana video saya dapat menarik perhatian kamu. hihi...

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SING YING Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template