Friday, August 13, 2010

Minggu 5: Jurnal Refleksi



Kuliah minggu ke-5 bertajuk Gamelan dan Caklempong. Objektif bagi gamelan dan caklempong adalah sejarah dan jenis-jenis gamelan, alat muzik gamelan dan sistem tonal, melodi, bentuk serta tekstur.

Perkataan "Gamelan" berasal daripada perkataan Jawa"gamel", bermaksud memukul. Gamelan dipercayai berasal dari Indonesia, tetapi terdapat juga alat gamelan yang serupa di negara jiran seperti Filipina, Thailand, dan sebagainya. Pada awalnya, Gong memainkan peranan yang penting dalam sesuatu upacara. Pada zaman pemerintahan kerajaan Demak di Jawa gamelan digunakan untuk berdakwah oleh ahli sunan(kiai). Kini gamelan dikenali di seluruh dunia sebagai muzik etnik yang unik yang mempunyai keistimewaan masing-masing. Kalitangan berada di Sabah, Sarawak Brunei, dan lain-lain lagi.

Gamelan terbahagi kepada dua jenis iaitu Gamelan Melayu dan Gamelan Muzik Gamelan Melayu mengutamakan tarian. Gamelan Melayu juga dikenali sebagai Gamelan Terengganu dan lebih dikenali sebagai Joget Gamelan. Set gamelan dibawa masuk ke Istana Riau Lingga pada abad ke-18. Gamelan dipindah ke Negeri Pahang melalui perkahwinan. Dengan ini, identiti Muzik Gamelan Melayu dan Jawa mula dipisahkan melalui penciptaan lagu baru dan sistem tuning, instrumentasi dan melodi. Muzik gamelan Terengganu menggunakan sistem talaan kerana ia lebih mudah untuk disebut. Set alat gamelan Terengganu mengandungi 7 alat berikut seperti, Gendang, bonang, saron barung, sarun pekin, gambang, kenong, dan gong.
Gong Sukuwan & Gong AgongGong Suwukan dan Gong Agong
Gong Agong sebagai register paling rendah dan menentukan pusingan bentuk. Gong Suwukan sebagai penanda masa register rendah. Kenong juga berperanan sebagai penanda masa tetapi ia diapungkan. Saron main melodi. Cara memukul Saron burung dan saron peking adalah berbentuk bilahan.



Gamelan Jawa
Muziknya berbentuk tarian juga. Set alat muzik diperbuat daripada gangsa. Orkestra itu mempunyai alat muzik krodofon, erofon, dan membranofon serta mempunyai perempuan dan lelaki. Gamelan ini berasal dari Pulau Jawa Tengah, dibawa oleh orang-orang Jawa ketika penjajahan orang-orang Eropah. Di bahagian selatan semenanjung Malaysia, pelbagai bentuk tarian dan wayang jawa dipersembahakan dan diringi oleh Gamelan Jawa.
Gamelan Jawa dimainkan dalam skel slendro dan pelog. Set alat gamelan Jawa adalah lebih banyak dan permainannya lebih kompleks. Peralatannya mengandungi 9 alat berikut seperti gendang, bonang, demung, saron barung, saron pekim, gambang, kenong, kempol dan gong.




Notasi Gamelan tidak penting. Muzik ini dipelajari secara tidak formal melalui perdengaran. Pada abad ke-19 menggunakan nombor untuk memudahkan pemuzik memainkan lagu. Tekstur muzik gamelan adalan polifoni. Polifoni bermaksud gubahan yang mempunyai banyak lapisan suara. Muzik gamelan sentiasa berulang.

Seterusnya caklempong, ia dikenali sebagai telempong, tak lempong, talempong. Caklempong berasal dari Minangkabau. Muziknya mengiringi nyanyian, tarian lilin, pencak silat dan lain-lain lagi.

Bonang
  • berbentuk seperti gong kecil
  • diperbuat daripada tembaga
  • berdiameter 16cm, tingginya 8-10cm dan mempunyai cembol setinggi 2.5cm di tengah-tengahnya.
Gereteh
  • terdiri daripada 15 biji bonang yang disusun dalam nada C Major satu oktaf.
  • merupakan melodi utama
  • ada 2 set Gereteh di dalam satu set lengkap caklempong.
Tingkah
  • Lapan biji bonang bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan D.
  • tertumpu kepada pengawalan rentak
Saua
  • lapan biji bonang
  • perbezaan dengan tingkah adalah cara mengetuk
  • diketuk mengikut corak irama Ostinato dan bergerak mengikut kod melodi.
  • Notasinya tidak disediakan, hanya kod blok sahaja.
  • notasinya bermula dari not E rendah.

Bangsi

  • berbentuk seperti rekorder
  • bersaiz 25-30cm
  • notasi buluh dan mempunyai 7 lubang
  • boleh ditiup dengan kuat tanpa menaikkan tonnya.Serunai

Serunai

  • diperbuat daripada buluh tetapi jauh lebih kecil daripada bangsi.
  • berukuran lebih kurang 14 cm dan hanya mempunyai 4 lubang.

Gendang

  • diperbuat daripada kayu nangka.
  • kulit yang digunakan ialah daripada kulit lembu atau kulit kerbau.
  • gendang lembu mempunyai getaran yang rendah(bass)
  • Gendang ibu mengawal tempo dengan cara pukulan melalu.
Kayu Pengetuk

  • berukuran kira-kira 22cm panjang.
  • 1/3 daripada kayu pengetuk dibalut dengan tali gasing supada bunyi yang dihasilkan tidak terlalu nyaring.



Terima kasih kepada En.Amran kerana membantu saya mengingati semula istilah-istilah caklempong dan gamelan.

Sekian Terima kasih~~~~~

2 comments:

SMP2252 Liew on August 16, 2010 at 10:47 AM said...

Fuyoh... detailsnya....

SMP2252 SING YING on August 18, 2010 at 8:40 AM said...

hehe...kamu pun sama saja....

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SING YING Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template