Saturday, October 30, 2010

Minggu ke-13 : Jurnal Refleksi

Salam Sejahtera saya ucapkan.........................................

Dalam kuliah minggu ini, kami diperkenalkan dengan tarian singa yang berasal dari tradisional masyarakat Cina. Tarian singa dimainkan oleh dua orang penari singa yang menggunakan kostum singa, satu di hadapan dan satu di belakang. Mereka akan meniru pergerakan singa dan diiringi oleh gong, dram dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Tarian Singa ini terkenal sebagai warisan orang-orang Cina yang bukan sahaja terdapat di negara China, tetapi ianya telah menjadi adat di negara-negara lain seperti Taiwan, Jepun, Korea, Thailand dan Vietnam. Di Malaysia, tarian singa ini dibawa masuk oleh penghijrahan masyarakat Cina dari Tanah Besar Cina pada abad ke-19. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Tahun Baru Cina. Setiap negara mempunyai corak dan bentuk tarian mereka yang berbeza. Namun demikian, terdapat dua tarian singa yang amat popular iaitu "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Selatan lebih kepada perlambangan alam sekitar dan selalunya dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Singa ini terdiri daripada sehelai kain yang panjangnya 2 meter. Kain ini dicat dengan warna hitam, merah, putih hijau dan biru yang melambangkan kekuatan, kecergasan dan bertenaga. Loceng-loceng kecil juga diletakkan di atas kain tersebut. Kepala kostum pula mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa utara, mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya. Kini, Tarian Singa Selatan ini diperkenalkan sebagain "Tarian Chai Ching" yang dipersembahkan dari rumah ke rumah ketika perayaan Tahun Baru Cina. Singa seakan-akannya mengembara mencari makanan dalam keadaan sedih, gembira dan marah. Klimaks dalam persembahan ini ialah singa akan makan sayur hijau (ching) dan mendapat angpow yang diikat pada sebatang buluh.


Manakala Tarian Singa Utara pula berasal dari bahagian utara China yang mengguanakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa ini menggunakan warna merah, jingga dan kuning atau hijau bagi kostum singa betina. Singa ini mempunyai badan, ekor dan kaki yang berbulu. Persembahan tarian singa utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan yang akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.


Tiga alat muzik utama yang digunakan dalam tarian singa adalah seperti "LUO" "BO" dan "Chebagu". "Luo", iaitu gong gangsa yang berbingkai nipis dengan permukaannya yang rata dan leper, dipukul dengan kayu pemukul. Manakala "BO" merupakan simbal yang diperbuat daripada gangsa yang dipegang dan dipukul bersama oleh pemain. "Chebagu" adalah gendang besar yang berbentuk tong dan permukaannya adalah kulit. Permainan tiga alat muzik ini akan mengiringi pergerakan tarian singa.


Sebagai kesimpulannya, tarian singa merupakan tradisional masyarakat Cina yang diwarisi sejak lebih 1,000 tahun yang lalu. Kita harus menghargai dan menikmati tradisional masyarakat Cina ini. Sekian, terima kasih. =)

6 comments:

RK_nisa on October 31, 2010 at 7:11 AM said...

betul tu.kita harus menghargai tarian tradisional.nanti boleh buat tarian singa untuk chinese new year ya sing ying!!

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 7:32 AM said...

ya nisa........nanti tahun depan kita buat kat fakulti ya.....^^

SMP2252 SING YING on October 31, 2010 at 8:32 AM said...

Boleh....Itu bukan masalah...hehe

aniey_annatasia on October 31, 2010 at 8:40 AM said...

Teruskan memperjuangkan muzik Malaysia....

Alfie on December 25, 2018 at 12:15 AM said...

Transaction done with wrong address in Gdax
Are you a Gdax user? Are you being daunted by the fact that the transaction is done with wrong address in Gdax? Do you want a solution to this? If you want your experience to be smooth and hassle free then get in touch with Gdax service team. Dial Gdax customer support number1800-665-6722 today to get the best solutions. Their main aim is to make your experience smooth and rid you of all the obstacles that you are facing in Gdax errors. https://www.cryptophonesupport.com/wallet/gdax/

pingcall on June 21, 2019 at 10:57 PM said...

Difficulty in sending the cryptocurrency to another wallet in Binance
Are you looking for the process to send the bitcoin in Binance as the curr3ent process used by you has brought a bunch of problems and you are unable to deal with it? In order to avoid chaos and get accessible results, you can call on Binance contact number +18773307540 and speak to the executives who are there to resolve your doubts and queries in quick seconds and are available all the time.Binance contact number +18773307540

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SING YING Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template