Salam Sejahtera,
Kuliah pada minggu ini adalah mengenai Gendang 24 musim, saya pernah melihat persembahan ini secara langsung di suatu tempat. Saya berasa sedih kerana tidak dapat menghadiri kelas dan mendengar penerangan daripada En.Amran mengenai gendang 24 musim ini. Ini disebabkan hari itu saya kurang sihat dan saya terpaksa pergi berjumpa doktor. Namun demikian, nota yang diberikan oleh En. Amran telah banyak membantu saya.
Gendang dikatakan berasal dari satu musim pertanian di negara China. Nama musim ditulis pada gendang dengan kaligrafi Cina. Negara China mempunyai 4 musim besar, iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur, dan musim dingin. Musim ini kemudiannya dibahagikan kepada 6 musim kecil kerana ia berkaitan dengan jadual pekerjaan petani di negara China. Mengikut kalendar Cina, petani akan tahu masa mereka membajak tanah, menyemai, menuai dan aktiviti-aktiviti pertanian yang lain. Selain itu, koreografi pergerakan pemuzik juga mengikut aksi aktiviti-aktiviti pertanian dan mempamerkan suasana meriah.
Semasa persembahan, pemain dram akan memakai kostum tradisional lelaki cina. Mereja juga menggunakan prop lain seperti topeng, bendera berwarna-warni dan kain panjang berwarna. Sebagai pengetahuan kita, persembahan ini tidak terhad kepada perayaan besar kaum cin sahaja, malahan ia juga dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan.
Kita tahu gendang 24 musim ini menggunakan gendang sahaja. Gendang yang digunakan ialah gendang shigu, iaitu dram tarian singa dan juga gendang longgu. Sebenarnya, kedua-dua buah gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau/lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang terdapat beberapa dawai besi seperti spring. Tujuannya adalah untuk memberikan warna ton istimewa. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu.
3 comments:
Penerangan yang ringkas dan padat...~
Mari kita pergi belajar bermain gendang 24 musim bersama-sama ya.......
Wong!! Cadangan anda bagus sekali. Selain tu,kita mungkin juga boleh belajar membuat gendang sendiri.
Post a Comment