Saturday, October 2, 2010

Minggu 10: Jurnal Refleksi

Selamat sejahtera semua,

Masa tidak mengizinkan orang, tanpa kesedaran sudah hampir sampai ke penghujung semester ini. Namun, setelah menghadiri kelas ini, saya telah mendapat banyak pengetahuan yang saya tidak tahu sebelum ini. Setiap kumpulan telah berjaya menjalankan tugasan masing-masing. Syabas diucapkan kepada semua rakan saya. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan pada minggu ini yang telah membentangkan tajuk yang sangat menarik iaitu kumpulan Nobat dan orchestra cina moden.

Sebelum ini, saya tidak tahu tentang Nobat. Kumpulan ini telah berjaya menarik perhatian kepada saya kerana mereka telah memberikan pengetahuan yang baru kepada saya. Di samping itu, kerja lapangan mereka adalah sangat bagus kerana persembahan yang dirakamkan oleh mereka itu sangat menarik perhatian saya.

Kumpulan seterusnya ialah kumpulan orchestra moden cina. Saya berasa malu kerana sebagai seorang warga cina saya tidak mengenali alat-alat muzik yang dimainkan. Terima kasih kepada kumpulan ini kerana memberi peluang kepada saya untuk mengetahuinya secara mendalam. Jika ada peluang, saya ingin mencuba untuk bermain. Selain itu, video yang ditayangkan itu juga telah menarik perhatian kepada saya untuk mengetahui bunyi alat-alat muzik.

kedua-dua muzik tradisional ini semakin hari semakin dilupai oleh masyarakat kita. Oleh itu, Kita harus menangani masalah ini supaya tradisi kita dapat dikekalkan dan generasi yang akan datang boleh mengetahui muzik tersebut.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SING YING Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template