Sunday, September 5, 2010

Minggu 8: Jurnal Refleksi

Selamat sejahtera,

Walaupun semua bersedia untuk balik kampung dengan meraikan Hari Raya yang akan datang, mereka tetap berusaha untuk menjayakan pembentangan hari ini. Tahniah kepada kumpulan M.I.N.D.A kerana telah menjayakan tugasan ini. Mereka telah membentangkan tentang tajuk "Menora". Sebelum ini, saya kurang mengambil berat tentang tajuk menora ini, kerana menora tidak dikenali seperti makyung, wayang kulit dan lain-lain lagi. Selepas mereka menerangkan tentang tajuk ini, saya baru menyedari bahawa menora hadir bersama budaya Buddha.

Menora membawa maksud mendarati (dance-drama), pembaca puisi, pemimpin kumpulan, pelakon, penari dalam sebuah persembahan. Persembahan berunsurkan jenaka, kebanyakan cerita menora dipetik daripada kitab Mahabrata dan semuanya mempunyai 12 buah cerita asal.

Menora popular di Negeri kelantan dan Thailand, tetapi ada perbezaan dari segi kecopong. Menora pada zaman sekarang dengan zaman dahulu mempunyai perbezaan dari segi kostum, alat muzik, dan pakaian.




Setiap permainan mempunyai pantang larang tertentu, kita perlu meletakkan alat-alat dengan baik. Alat muzik yang dimainkan adalah seperti, 1 geduk, canang, pi nai, cerek, kasi dan 2 gedombak.


Saya lebih memahami persembahan tarian yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan mereka. Kumpulan ini telah menjalankan tugasan mereka dengan baik Saya tertarik dengan video yang ditayangkan oleh mereka. Mereka merumuskan menora ini dengan membuat lakonan sendiri, supaya tidak membosankan pembentangan dan kita akan lebih memahami tentang cerita menora. Akhir sekali, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya kepada En. Amran dan rakan-rakan yang saya kasihi.......... ^^

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SING YING Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template