Friday, August 20, 2010

Minggu 6: Jurnal Refleksi

Salam Sejahtera,

Masa memang tidak mengizinkan orang. Tanpa kesedaran, sudah sampai ke minggu enam. Tajuk pada kuliah minggu ini ialah, Makyung and Kompang. Seperti biasa, En. Amran akan menayangkan beberapa buah video sebagai permulaan. Objektif untuk topik Makyung tentang sejarah Makyung, persembahan dan alat muzik, dan muzik makyung yang berkaitan dengan melodi, bentuk dan irama.

Makyung dalam kategori bentuk seni lakon sama seperti menora, mekmulung dan jikey. Makyung sebagai hiburan bagi permaisuri-permaisuri dan puteri-puteri raja. Makyung menggunakan pelakon manusia, pelakonnya terdiri daripada wanita yang mengambil peranan lelaki dan perempuan kecuali watak-watak "peran". Hal ini disebabkan mereka ini jatuh cinta kepada pelakon-pelakon makyung semasa raja atau pembesar-pembesar tiada di istana.

Makyung berasal dari Patani dan tersebar luas di semenanjung Malaysia, Medan dan kepulauan Riau-Lingga di Indonesia. Kira-kira 200 tahun, Makyung dipindah ke Kelantan dan terus dibawa ke kedah oleh Sultan Mohamad Ke IV. Persembahan Makyung ada dua tujuan, iaitu untuk tujuan Ritual dan persembahan. Tujuan Ritual dipersembahkan melalui Main puteri untuk tujuan penyembuhan penyakit. Tujuan persembahan dipersembahkan di atas lantai panggung tanpa pentas.

Cerita Makyung bermula dengan cerita asal bertajuk Dewa Muda. Terdapat kira-kira 11 buah cerita dan 30 buah lagu repertoire. Dalam cerita itu, dikisah melalui dialog, nyanyian, tarian, diiringi muzik vokal dan instrumental. Lagu yang dimainkan adalah mengadap rebab, kijang mas dan lagu sindung. Alat muzik utama ialah sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab 3 tali. Alat yang ditambahn kemudian ialah serunai, geduk dan canai. Alat muzik yang terpenting dalam persembahan makyung ialah pemain makyung yang dikenali sebagai Tok Minduk. Beliau sebagai ketua kumpulan dengan memulakan lagu sepanjang 8 hingga 16 bar. Selepas itu, diikuti dengan gendang, gong dan lain-lain. Bentuk dan struktur lagu-lagu makyung ditentukan dalam sistem gongan dalam 8 bit, 16 bit, 32 bit yang dikawal oleh tetawak. Iramanya menggunakan 4 timbre iaitu, pak, duh, cak dan ting secara meningkah. Hampir semua lagu bertempo perlahan. Biasanya melodi dipersembahkan oleh seorang penyanyi dan alat muzik rebab digunakan.



Kompang

kompang berasal dari kebudayaan Arab di Asia Barat pada abad ke-13 yang dikenali sebagai Dufuf, Daff, Duff, tar atau bendir. Kompang sebagai alat muzik tradisional yang popular bagi masyarakat melayu untuk meraikan perkahwinan, majlis keraian Islam, berkhatan dan lain-lain. Pada masa kini kompang juga digunakan untuk menyambut ketibaan pemimpin. Semasa kita bermain kompang, pakaian amat dititikberatkan. Kompang tidak boleh dilentang, dilambung atau meletakkan arah kulit muka kompang ke lantai. Kulit muka kompang diperbuat daripada kulit kambing. Biasanya seurat rotan akan diselit di belakang antara kulit dan bingkat kayu untuk menengangkan permukaan kompang supaya boleh menguatkan bunyi kompang. Kini, ada juga menggunakan gelung pastik untuk membuat kompang.

Permainan kompang terbahagi beberapa jenis iaitu kompang Hadrah, Kompang Johor, Kompang Eizhar, dan kompang Kelalang.








Kompang boleh diperoleh dalam pelbagai saiz yang berlainan dengan mengikut umur tertentu. Cara memalu kompang ialah menepuk kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan cara pemukulnya. Bunyi "pak "dihasilkan dengan tepukan di tengah dengan jari tangan yang terbuka, manakala bunyi" bung" dihasilkan dengan tepukan di sisi kompang.

Terdapat 3 jenis kumpulan paluan, iaitu kumpulan Melalu yang memainkan rentak asas. Kumpulan Menyilang memainkan (up beat), Kumpulan meningkah menjadi penghias rentak. Apabila tiga paluan dimainkan bersama-sama, akan menghasilkan bunyi yang berharmoni.

Tips penjagaan kompang
  • kendurkan permukaan kompang
  • sebelum mula, permukaannya perlu ditegangkan dengan sedak
  • jika kompang basah, perlu dijemur sehingga kering supaya boleh tahan lebih lama
  • muka kompang bertindan dengan permukaan lain dan disimpan dengan baik
Tajuk makyung sangat memanfaatkan saya. Saya berharap saya dapat menunjukkan prestasi yang baik semasa saya membentangkan tajuk ini.

Sekian Terima Kasih.

3 comments:

Marlin on August 23, 2010 at 4:58 AM said...

Ulasan yang menarik Sing Ying.. Saya tidak sabar untuk mengikuti tajuk pembentangan kamu.. Tahniah!

SMP2252 Liew on August 24, 2010 at 7:54 AM said...

Wahai saudara Ying, hamba amat berharap untuk melihat saudari membentang tajuk Mak Yung tetapi jika saudari pergi ke Kelantan kelak, jangan lupa bawa cederamata untuk hamba ya~

SMP2252 SING YING on August 25, 2010 at 2:34 AM said...

Terima kasih marlin kerana sudi membaca jurnal refleksi saya.

Saudari liew, saya berharap ada peluang dapat pergi ke kelantan tengok show itu. Saya akan bawa batu sebagai kenangan untuk kamunya...hehehe

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SING YING Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template