Thursday, August 5, 2010

Minggu 4: Jurnal Refleksi

Sebelum mula mengajar tajuk hari ini, En. Amran menayangkan beberapa buad video. Video itu mengenai persembahan Shadow World. Dalam persembahan ini hanya menggunakan gerakan badan. Saya berasa tertarik semasa menyaksikan persembahan ini.


Objektif kuliah minggu ini ada tiga jenis, iaitu jenis wayang kulit, alat-alat muzik wayang kulit, dan perbezaan antara wayang kulit. Sebelum ini, saya tidak pernah menyaksikan persembahan wayang kulit, bagi saya wayang kulit merupakan satu persembahan yang membosankan.

Wayang kulit merupakan teater tradisional kuno dan juga merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang diperbuat daripada belulang. Belulang ini diperbuat daripada kulit haiwan seperti lembu, kerbau, atau kambing. Menurut penelitian para ahli sejarah kebudayaan budaya ini berasal dari Pulau Jawa, Indonesia.

Wayang kulit mempunyai lima ciri-cirinya. Pertama ialah seni muzik yang amat unik dan memerlukan keahlian khusus. Dalang memainkan perana yang penting dalam persembahan ini, peranannya sebagai seorang penulis cerita, pengarah lakonan, pengisah, penyusun iringan dan sebagainya. Dalang juga perlu mempunyai pengetahuan yang sangat luas. Dalang harus pandai melakonkan cerita supaya persembahan itu menarik dan tidak membosankan. Ceritanya perlu mempunyai pengajaran bercorak agama. Selain itu, melukis dan memahat patung merupakan satu kesenian.

Wayang kulit ada 4 jenis, iaitu wayang kulit Jawa, wayang kulit Gedek, wayang kulit Melayu dan wayang kulit Kelantan.

Wayang kulit Jawa
Wayang ini juga dikenali sebagai Wayang Purwa dan berasal dari Indonesia. Wayang ini dipersembahkan oleh orang keturunan Jawa di Johor dan Selangor. Namun, Cerita mereka tidak sama. Wayang kulit Jawa masih mengekalkan ciri-ciri wayang kulit Purwa asli yang berkaitan dengan epik Ramanyan dan Mahabrata. Alat muzik yang diiringi ialah Gamelan Jawa yang mempunyai pemuzik dan penyanyi. Alat-alat kordofon dan Aedofon tidak ada dimainkan dalam persembahan ini. Ceritanya berdasarkan epik Mahabharata India dan tiada berkaitan dengan cerita panji(perang). Patungnya lebih kurang sama dengan wayang kulit kelantan. Perbezaan hanya dari segi bentuk mata patung dan sendi tangannya bergerak. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Jawa tetapi dialek melayu tempatan.

Gamelan Jawa




Wayang Gedek
wayang Gedek berasal dari Thailand berdasarkan cerita Epos Ramayan-Ramakien. Persembahan ini biasanya dimainkan di kawasan utara semenanjung Malaysia iaitu Perlis dan Kedah yang dikenali sebagai Nang Talung. Ceritanya banyak dipengaruhi oleh Siam. Hal ini disebabkan kawasan dalang bersempadan dengan Siam. Patung-patung yang diukir adalah halus dan berwarna-warni. Selain itu, patungnya kecil, muka di posisi depan dan sendi tangan hanya bergerak sebelah sahaja. Bahasa yang digunakan adalah dialek kedah bercampur Thai. Alat yang digunakan ialah Saw oo, Saw Duang, Klong that(geduk), Thon(gedombak), Klong Khaek, Pi, Simbal(ching) dan Gong Chime(Mong).

Saw Duang



Wayang kulit Melayu (wayang Jawa)
Wayang kulit ini dipengaruhi oleh Wayang Purwa dari Indonesia. Pada abad 19/20 ia berkembang di naungan Raja sebagai penghiburan bangswan. Persembahan ini berada di Istana Patani yang berdasarkan Episod Mahabrata, terutamanya cerita Pendawa Lima. Wayang kulit ini juga dipengaruhi oleh Cerita Panji. Patung ini mengerakkan kedua-dua belah tangan dan senang dikenalpasti melalui kedudukan kepalanya. Patung yang berwatak baik akan menundukkan kepala ke bawah dan bentuk tubuhnya adalah kecil. Bagi patung yang berwatak kasar dan sombong, hidungnya besar dan mendongak ke atas. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Jawa yang diselitkan dialek melayu tempatan. Alat muzik yang digunaka adalah seperti rebab 2 tali dengan yang mempunyai tuning F2 dan C5, gendang ibu dan Gendang Anak, Mong, Canang, Kesi dan Gong.

canang Rebab


Wayang Kulit kelantan
Wayang kulit ini merupakan teater rakyat. Wayang kulit kelantan berunsur episod Ramayana dan mempunyai watak peran iaitu Pak Dogol dan Wak Long. Cerita berdasarkan Hikayat Seri Rama. Ukiran patungnya hampir sama dengan patung-patung Patani. Pantungnya diukir dalam bentuk mengiring dan berdiri di atas kenderaan. Hanya tangan di sebelah hadapan bergerak sambil memegang alat senjata. Bahasa yang digunakan ialah dialek Melayu. Alat-alat muzik yang dimainkan adalah Geduk, Gendang, Gedumbak, serunai, Canang, Kesi dan Tetawak.




Walaupun ada perbezaan dan persamaan antara wayang kulit tetapi masing-masing memainkan peranan yang penting dalam persembahan. Melalui kelas ini, saya telah mempelajari tentang kepelbagaian wayang kulit. Dengan adanya sri kata dalam video membolehkan saya lebih memahami apa-apa yang hendak disampaikan. Saya berharap agar generasi yang akan datang nanti masih ada peluang untuk menikmati persembahan wayang kulit ini dan tidak berasa persembahan ini membosankan.




1 comments:

CHRISTINE on August 8, 2010 at 6:31 AM said...

tahniah sing ying...refleksi yang bagus...teruskan usaha...

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SING YING Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template