Friday, October 8, 2010

Minggu 11: Jurnal Refleksi

Salam sejahtera,

Wow, kita telah pun sampai ke minggu ke- 11. Seperti biasa, kita akan menyaksikan kawan-kawan kita membuat pembentangan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kumpulan wayang kulit kerana telah membuat satu persembahan yang terdiri daripada junior pendidikan muzik yang sangat menarik sebelum pembentangan dimulakan. Sebelum ini saya tidak pernah menonton persembahan ini. Saya berasa syukur kerana dapat menonton persembahan ini secara langsung di dalam kelas. Walaupunpun, saya tidak memahami bahaha yang digunakan, tetapi persembahan mereka sangat menarik dan terdapat satu bahagian yang sangat lucu.

Secara keseluruhan, pembentangan kumpulan ini amat memuaskan. Sekiranya ada masa mereka boleh menayangkan video-video kerja lapangan mereka untuk kita supaya dapat menarik lagi perhatian kita. Akhirnya, saya ingin mengucapakan tahniah sekali lagi kepada kumpulan ini kerana telah berjaya melaksanakan tugasan ini.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SING YING Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template