Minggu ini adalah minggu pertama selepas cuti hari raya. Hari ini juga giliran kumpulan kami membuat pembentangan. Sebelum pembentangan dimulakan, Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan dan beberapa staf UPSI juga hadir bersama untuk membuat demonstrasi Muzik Tradisional. Ini merupakan kali pertama saya mendekati alat-alat ini. Sebelum ini, saya hanya menikmati alat ini melalui video.
Selepas itu, dengan tidak membazirkan masa kumpulan kami pun memulakan pembentangan kami. Namun, untuk mengalihkan tumpuan mereka kepada kami, kumpulan kami telah mengajar mereka membuat satu tarian iaitu mengadap rebab. Demi pengajaran yang lebih berkesan, kami menayangkan satu video, supaya mereka boleh mengikut cara-caranya.
Oleh sebab kesuntukkan masa, kami telah meringkaskan pembentangan itu. Saya meminta maaf kerana tidak membuat pembentangan dengan baik. Ini disebabkan saya tidak membuat persediaan dengan terlebih dahulu. Namun pembentangan kumpulan kami berakhir dengan baik dan sesi soal jawab juga berjalan dengan lancar.
Sekian terima kasih.......
2 comments:
tang sing ying..
alangkah bagusnya apa yang anda ringkaskan anda dapat masukkan di sini. Tak banyak isi yang berlainan dari nota en.Amran ya..Tapi saya faham, kita kesuntukan waktu kan. haha..
Ban....cha.............korn!!! saya tidak faham apa yang anda katakan, boleh jelaskan?? hihi...
Post a Comment