Saturday, August 28, 2010

Minggu 7: Jurnal Refleksi

Salam sejahtera,
Sesi pembentangan telah dimulakan pada minggu ini. Tahniah diucapkan kepada semua ahli kumpulan kerana telah berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan oleh En.Amran. Tajuk mereka ialah "keroncong" dan "kuda kepang"

Kumplan pertama telah berjaya membentangkan tajuk "keroncong". Mereka telah memberi kerjasama yang baik antara satu sama lain. Mereka telah menyediakan maklumat yang mencukupi, semasa menerangkan alat muzik, mereka telah menunjukkan cara bagaimana bermain alat-alat seperti double bass, cak, dan cuk. Selain itu, mereka juga menayangkan beberapa video untuk kita lihat, supaya kita tidak berasa bosan.

Kumpulan yang seterusnya membentangkan tajuk "kuda kepang". Sebenarnya tajuk ini telah dipelajari oleh saya sebelum ini maka semasa pembentangan ini dijalankan saya tidak menghadapi sebarang masalah. Melalui pembentangan ini, saya akan lebih memahami tentang maklumat yang hendak diterangkan oleh kumpulan mereka.

Pembentangan pada hari ini amat menarik. Walaupun mereka kelihatan gementar, mereka tetap berusaha untuk menjayakan tugasan pembentangan yang diberikan. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada kumpulan-kumpulan ini. Saya berharap kumpulan yang seterusnya dapat menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang. Semoga pembentangan seterusnya dapat berjalankan dengan lancar dan berjaya.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SING YING Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template